Tuesday, November 30, 2010

Akhlak Mulia c:



Tujuh (7) akhlak mulia Rasulullah SAW:

1. Pemaaf, mengajak pada kebaikan dan berpaling dari orang jahil (QS Al A'raaf(7):199)

2. Menegakkan keadilan dan kebaikan serta mencegah perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan (QS An Nahl(16):90)

3. Penyabar (QS Lukman (31):17)

4. Suka memaafkan dan memberi kesempatan (QS Al Maaidah (5):13)

5. Membasmi kejahatan dengan cara yang baik (QS, Hamim Sajdah (41):34)

6. Tidak suka berburuk sangka, tidak mencari-cari kesalahan orang lain, dan tidak suka mengumpat atau membicarakan aib orang lain (QS Al Hujurat(49):12)

7. Tidak mudah marah dan lebih mendahulukan ma'af (QS Ali 'Imran(3):134)

(Imam Al Ghazali dalam Ihya Ulumuddin)

Sahabat , dapat kita lihat disini 7 akhlak mulia Rasulullah s.a.w, sudah tentu banyak lagi akhlak mulia baginda .Dengan sikap baginda , Islam dapat disebarkan ke seluruh dunia .

Jika umat Islam bersikap sedemikian , sy amat pasti tiada lagi persoalan peperangan , umpat mengumpat , pergaduhan , pemberontakan akan timbul .

Sesungguhnya kita telah terdidik dengan nilai2 sedemikian sewaktu masih kecil , sewaktu kita dikelilingi adik2 *terkenang perangai masa kecik , nak nangis*

Disaat kedewasaan mula mengambil tempat ini , haruslah kita bijak memilih kawan .Berkawan dgn orang y tidak solat , kita akan hanyut . Berkawan dgn org y gemar membaca al-Quran , kita akan turut serta .

Mudah bukan ? Sy juga mengharap sokongan abah , mama , keluarga dan sahabat2 . Kadang2 tu dah cuti duk rumah tu , liat je bangun subuh , saje nak tunggu mama kejutkan . Sangat rindu saat tu . Duk rumah sewa ni , Alhamdulillah , dgr je alarm mmg terus bangun .

Suka bunyi alarm fon sy , Doa Taubat , from Madrasah al-Junied al-Islamiah . amat menenangkan hati y sering gundah gulana ini .

Friday, November 26, 2010

kenyang dan lapar

Orang yang paling kenyang di dunia adalah akan menjadi paling lama lapar di hari kiamat . [ HR Al - Hakim ]

Enam Rahsia Allah .



Enam Rahsia Allah . Mari Kongsi c:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sahabat , dapat kita lihat disini rahsia rahsia Allah .

Semua ini adalah untuk menguji keimanan kita .

Sejauh mana kita dapat mengamalkan suruhan Allah dan sunnah para nabi .

Khusyuk dan istiqamah adalah penting .

Sedarilah sahabat , iman kita naik dan turun .

Sama sama lah kita jaga agar iman tidak luntur dah akhirnya hilang kesannya di hati .

Jika Allah sebarkan rahsiaNya , sudah tentu umah Islam hanya mengejar ibadat y tertentu sahaja .

Contoh , jika Lailatul Qadar turun di malam ke28 , sudah tentu manusia berebut rebut melakukan ibadah pd malamnya dan mengabaikan ibadah pada bulan bulan lain .

Begitulah juga pada rahsia rahsia yang lain.

Thursday, November 25, 2010

fitnah . tolong elak .



Seorang pemuda telah menyebarkan fitnah.

Kemudian pemuda itu taubat dan memohon maaf pada Alim itu.

Alim memaafkan pemuda itu dan menyuruh pemuda itu pulang,

mengoyakkan bantalnya dan mencarikkan kekabu itu.

Setelah selesai, pmuda itu datang berjumpa dengan Alim.

Alim berkata,kekabu yang berterbangan itu adalah fitnah yang telah kau sebarkan,

mampukah kau kutip dan kumpul semuanya semula.

Pemuda itu meminta maaf sekali lagi dan Alim memaafkannya.

mahu



nak , asyik tak dapat .

tunggu , itu pun belum tentu .

mahu , disana belum tahu .

nanti , hingga hujung nafas ini .

hati merintih keranaMu



Hari ni berjalan seperti biasa .

Kelas seawal 8 pagi hingga 10 pagi . Uruskan serba sedikit pasal clearance form .

Lps tu , cari sesuap makanan . balik rumah dan terbaring atas katil .

Seperti biasa , on fb , meneliti status , menghayati komentar manusia .

Tibatiba terlintas di fikiran .

Ya Allah , bagaimana jika apa yang aku keji hari , hina saat ini ,

Bakal dilakukan di masa hadapan .

Contohnya , kawan bercerita mengenai adab Melayu ,

Kahwin dan Pelamin .

Diriku antara yang mengeji perbuatan ini .

Namun daku risau Ya Allah .

Suatu hari nanti , aku antara manusia yg berdiri di atas pelamin .

Sesungguhnya apa yang berlaku masa hadapan adalah rahsiaMu Ya Allah .

Hati sebak mengenangkan diri ini , sering mengikut amalan syaitan .

Iman turun dan naik . Ya Allah peliharalah iman ku .

Janganlah diriku tergolong dgn mereka yang dijanjikan neraka .

Pimpin daku ke syurgaMu Ya Allah .

Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana merasa takut kepada Allah sampai susu [yang telah diperah] bisa masuk kembali ke tempat keluarnya.” (HR. Tirmidzi [1633]).

Wednesday, November 24, 2010

give me .

give me some sunshine .
give me some rain .
give me another chance .
i wanna grow up once again