Monday, August 8, 2011

tarbiyah anak anak


Assalamualaikum w.b.t sahabat tercinta .

hari ni dah masuk 8 hari kita berpuasa .

harap setakat ni semua puasa ‘penuh’ laa yer .

bukan puasa je . solat tu pun nak laa penuh jugak yerr .

1.mengucap 2 kalimah syahadah .

2.menunaikan solat 5 waktu sehari semalam .

3.berpuasa di bulan Ramadhan .

4.mengeluarkan zakat .

5.menunaikan haji bagi yang berkemampuan .

kalau kita tengok balik rukun agama kat atas ni ,

berpuasa terletak di no 3 manakala solat di tempat ke 2 .

ini menegaskan bahawa solat itu lebih utama .

solat itu merupakan tiang agama .

jangan biarkan hidup kita goyah dan runtuh tanpa tiang yang stabil .

hari ni , saya nak share satu kisah .

adik bongsu saya , Khadija Umaira , umur 6 tahun .

dia dah mula puasa penuh sejak 1 Ramadhan hari tu .

start je pukul 4 petang , dia mula la sebut “ lapar” “lapar”.

bila disuruh berbuka tak nak pulak .

dah berbuka tu segar jee dia .

bila balik Manjung hari tu terkejut jugak dengar mama cakap adik puasa penuh .

pada umur 6 tahun pulak tu .

rasanya zaman kitorang dulu , 6 tahun tu baru nak belajar2 puasa , puasa separuh hari dulu .

umur 7 tahun baru puasa penuh .

saya nak tekankan kat sini , kalau nak tarbiyah anak anak tu haruslah daripada awal lagi .

barulah anak anak ni sedar kewajipan diorang sebagai seorang umat Islam .

Alhamdulillah , Allah s.w.t kurniakan mama abah yang menekankan aspek agama buat saya .

tanpa tarbiyah daripada mereka , tidak terbayang amalan jahiliyah yang akan saya lakukan .

nauzubillah .

No comments:

Post a Comment