Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434 H~~

Assalamualaikum w.b.t buat sahabat yang tercinta .
Alhamdulillah . Syukur ke hadrat Illahi .
Kita masih menerima kasih sayang Allah s.w.t sehingga ke saat ini .
Cukup makan . Cukup pakai . Ada tempat perlindungan . Masih ada ibu bapa untuk membalas jasa mereka . Masih diberi oksigen untuk bernafas di kala ini .
Maka hari ini , kita berpeluang maju setapak lagi di bumi Allah dan masuk ke tahun yang baru , 1434 H .
Maal Hijrah , merupakan peristiwa yang amat penting di dalam Islam dimana ia adalah titik tolak perkembangan agama Islam sehingga ke hari ini . Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah . Nabi Muhammad s.a.w disambut penuh meriah dengan iringan syair buat mereka :


طلع البدر علينا
من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا
ما دعى لله داع
أيها المبعوث فينا
جئت بالأمر المطاع
جئت شرفت المدينة
مرحبا يا خير داع


Islam berkembang dengan pesat . Para sahabat merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk menyebarkan agama yang diutuskan oleh Allah s.w.t. Tarikh Hijrah bermula daripada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab iaitu selepas 17 tahun peristiwa hijrah.

Hijrah bermaksud berpindah . Berpindah daripada biasa kepada baik , baik kepada lebih baik. Ayuh sahabat , berhijrah drpd keadaan kita yang sekarang ni . Yang tak solat boleh mula solat , yang belum menutup aurat boleh mula menutup aurat , yang kurang berzikir boleh tambah bilangan zikir etc.etc. Semoga Allah s.w.t mengurniakan hidayah buat semua penghuni di muka bumi. InsyaAllah ^^


Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang sempurna Islamnya ialah orang yang kaum muslimin selamat dari gangguan lisan dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang Allah”. (HR Bukhari no 6484)

No comments:

Post a Comment