Thursday, January 31, 2013

Jual mahal atau main tarik tali ?

Assalamualaikum ^^

Dalam usaha kita mencari pasangan hidup ni , bukan mudah kan ?
Ada je halangan datang .
Ada yang kata baik kita jual mahal atau main tarik tali .

Jual mahal tu tak mengapa .
Semakin lama masa berlalu , 
makin banyak detail yang diketahui ,
makin membuak keinginan untuk memiliki ,
makin terharu rasa yang menanti ,
bila wang dah mencukupi ,
boleh laa melamar si dia pilihan hati .

Main tarik tali pulak ,
kemungkinan untuk menang sangat tipis ,
kemungkinan para penonton bertukar bosan ,
kemungkinan seri juga ada , tiada keputusan akhir ,
apabila kerahan tenaga digunakan untuk menarik tali ,
lama kelamaan , sebelah pihak akan penat .
lalu , melepaskan tali begitu sahaja .
itu sahaja . itu noktahnya .

Jodoh datang dari Allah , berdoalah pada Allah agar dipermudahkan jodoh .
Agar dapat mengelakkan maksiat hati .
Awak tak datang dekat saya , saya pun tak datang dekat awak .

No comments:

Post a Comment