Tuesday, June 19, 2012

Jodoh . Siapa ? Kenapa ? Bagaimana ?

Assalamualaikum frens .
Semoga sehat sehat je hendaknya .
Jodoh , Jodoh . . . .
Bila kita buka mulut pasal kahwin orang ckp belum ada jodoh , bila cerai kata x ada jodoh .
apa jodoh tu sebenarnya hah ?
Jodoh ni memberi maksud pasangan .
Bermakna dengan siapakah kita akan berpasangan . 
Semakna dengan itu ,seorang lelaki bertemu dan seorang wanita dipertemukan .
Perkahwinan dan penceraian tidak menentukan sesuatu jodoh tu .
Bila si teruna dipertemukan dengan si dara dengan izin Allah , itulah jodoh .
Chapter seterusnya , berkawan atau berkahwin terserah kepada takdir ^^
Bagi yang belum berkahwin tu , korang ada je berjodoh cume pertemuan itu tak dipanjangkan je .
Yang penting , dalam doa kita setiap kali di hujung solat , mintalah bakal suami nanti seorang yang berakhlak , beriman dan mampu memimpin kita di dunia dan bersama di syurga sana .
Kalau nak cepat , boleh laa doa di waktu mustajab unt berdoa sprt di hujung tahiyat akhir,hujan,ketika musafir . Allah maha mengetahui ^^
Allah s.w.t berfirman : ' Boleh jadi kamu membenci sesuatu , padahal ia amat baik bagimu , dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui , sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah : 216)
Bagi yang single ni jugak , hati ni mudah terperasan "adakah lelaki ini sukakan saya ? kenapa beliau senyum sahaja melihat saya ? beliau juga rajin like status saya . kadangkadang dia chat dengan saya kat fb "
Nak tahu jawapannye tak ? Bahawa dia suka awak atau tak ? Tanya Allah s.w.t . Dia Maha Mengetahui .
Cerita hidup kita , pekerjaan , suami kita sudah tertulis sejak kita berada dalam perut ibu kita .
Kalau tanya si dia mestilah dia pun jadi perasan jugak kann ? *haa,sudah.duadua dah perasan*
Caranya sama , doa dan minta petunjuk dengan Allah s.w.t .
"Jika dia jodohku , Kau dekatkanlah dia , Kau bukakanlah hatinya untuk menerimaku seadanya,Kau tanamkanlah rasa kasih sayang, dan cinta dalam dirinya terhadap diriku, Tetapi jika dia bukan jodohku,Kau jauhkanlah dia daripadaku walaupun aku sayang akan dia, Kau rawatlah hatiku. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku "


 atau 
dengan ringkasnya saya baca ,
Ya Allah , jika Si Polan Bin Si Polan jodohku , Kau dekatkanlah dia . Jika dia bukan jodohku , Kau jauhkanlah dia . Kau perliharalah hatiku sesungguhnya Kau Maha Mengetahui apa yang berlaku .

Alhamdulillah , selepas amalkan doa ni , Allah s.w.t nak tunjuk lelaki tu memang bukan jodohku .
Terpeliharalah hati ni ^^


No comments:

Post a Comment