Monday, December 6, 2010

awal muharam .



MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah s.a.w memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah s.a.w, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud
'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat
penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari '
Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke
langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari
pembakaran Raja Namrud.
Allah
menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf
dibebaskan dari penjara.
Penglihatan
Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan Allah.
Nabi Ayub
dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat
keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah
terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud
diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah
kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah
menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan
rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan
hujan.
Allah
menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan
Luh Mahfuz.
Allah
menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa
diangkat ke langit.

No comments:

Post a Comment