Tuesday, December 25, 2012

aku yang bermain spider solitaire ~

aku ,
aku yang bermain spider solitaire , 
ku harungi cabaran yang datang , 
namun ketika amat sukar , 
aku tukar ke cabaran yang lain .

aku , 
aku yang bermain spider solitaire , 
cuba mengendahkan dunia luar , 
namun saat bunyi kedengaran , 
aku masih menjengah dunia yang lain .

aku , 
aku yang bermain spider solitaire , 
diulit lagu yang bagiku inspirasi , 
namun terkadang tak berhasil , 
ku pinta kata-kata dari yang lain .

aku , 
aku yang bermain spider solitaire , 
masih banyak lagi yang lain , 
namun aku tetap mahu yang ini , 
aku tak mahu yang lain .

No comments:

Post a Comment