Friday, November 26, 2010

Enam Rahsia Allah .



Enam Rahsia Allah . Mari Kongsi c:

1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sahabat , dapat kita lihat disini rahsia rahsia Allah .

Semua ini adalah untuk menguji keimanan kita .

Sejauh mana kita dapat mengamalkan suruhan Allah dan sunnah para nabi .

Khusyuk dan istiqamah adalah penting .

Sedarilah sahabat , iman kita naik dan turun .

Sama sama lah kita jaga agar iman tidak luntur dah akhirnya hilang kesannya di hati .

Jika Allah sebarkan rahsiaNya , sudah tentu umah Islam hanya mengejar ibadat y tertentu sahaja .

Contoh , jika Lailatul Qadar turun di malam ke28 , sudah tentu manusia berebut rebut melakukan ibadah pd malamnya dan mengabaikan ibadah pada bulan bulan lain .

Begitulah juga pada rahsia rahsia yang lain.

No comments:

Post a Comment