Wednesday, November 24, 2010

lelaki dan wanita



Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik....." Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina 'Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu'attol.

Allah s.w.t. mempertahankan kesucian 'Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah 'Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda?

Jadi wanita ,

‘sebaik’ mana sikap anda , ‘sebaik’ itulah suami anda .

Sering kita lihat fenomena mcm ni .

Suami dan isteri keluar bersama , memakai pakaian y sedondon ,

Kalau beli t-shirt , beli sepasang ,

Memang lah nampak sweet kan ?

Namun suami yang kesian .

Akan menanggung dosa kerana membiarkan isteri menayangkan aurat .

Bahagiakah hidup mereka ?

Inikah konteks suami yang baik yang kita mahukan wahai wanita ?

Yes , untuk duniawi .

No , untuk ukhrawi .

Ingat , kita hidup di duniawi adalah kerana ukhrawi .

Cerminlah diri kita , muhasabah amalan kita ,

kalau rasa kita cukup baik *dalam konteks agama*

insyaallah kita akan mendapat suami yang baik .

No comments:

Post a Comment