Tuesday, November 23, 2010

sabarlah wahai umat Islam .



~Ar-Ra’d [24] Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu.Maka amatlah baiknya balasan amalmu.

~~Al-Mukminun [111] Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang yang berjaya.

~~~Al-Furqan [75] Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya.

~~~~Al-Qasas [54] Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkankesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka.

~~~~~Al-Insan [12] Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera.

No comments:

Post a Comment